Kehidupan baru (empat )

Bismillahirrahmanirrahim..

Sejak result exam keluar semalam, aku secara unofficial nya dah bergelar second year aikolian. Hhaha*gelak besar*
.
.
Nak citer pasal result, sebenarnya agak menyedih kan aku la sikit. Pasal jauh dari target aku. Tapi bukan nya aku tak bersyukur. Alhamdulillah, aku lulus semua subjek. Bukan lulus biase biase. Haha. Tapi bukan dean list laa. Alhamdulillah, setakat ni takde repeat mana mana subjek. Kawan aku ada la dua tiga yg terkandas, terpaksa repeat balik. Kalau jadi kat aku, mau tragedi dohh. Apa aku nak jawab kat yayasan selangorr tuu. Aku berhutang sama dia. Haha, sepatutnya apa aku nak jawab kat umi dgn ayah. Amboii, igt dapat smartphone boleh lah tolong kakak punya studi, haha.mungkin tu yg umi cakap kat aku. Result aku sama je macam result sem lepas. Takde tambah takde kurang. Kira maintain laah. Tapi, sakit jugak nak maintain je. Aduhaiii,, jauh lagi ni target aku. .
.
.
Tapi, memang aku ambik pengajaran besar dari sem lepas. Sem lepas penuh tragedi utk ke final. Demam sehari sebelum exam, misrep pulaaakk*tak tahu pun yg notes tak lengkap inilah jadinya tak fokus time lecture alih alih keluar benda yg aku tak sedar akan kewujudannya*
.
.
Sejak masuk sepintar, aku baru nak mula start belajar dgn usaha. Sebab dari sekolah rendah, atau dari tadika maybe?, aku tak penah studi betul betul. But still dapat yg terbaik. Cewaaahhh. Bayangkan lah, time sekolah samtaj dulu, esoknya ada exam diniah yg byk benda nak kena hafal, malam ni baru start bukak buku. Then habis jawab awal, tidor lepas exam pulak atas meja tu, still antara top student. First class pulakk.
.
.
Masuk sepintar hampehhh. Kegemilangan aku tinggal sejarah. Aku baru nak mula cara cara nak mengulangkaji pelajaran. Tu yg terkandas time spm tuhh.
.
.
Cfs aku agak okay lah pasal dean list ada la dua tiga kali. Studi pulak ala kadar je. Then bila dah masuk degree, studi bagai, result aku biase biase je. Tapi still, alhamdulillah yg teramat sangat. Aku igt aku kena repeat subjek tort kot. Pasal aku blank gila time final hari tu. Nama kes satu pun tak igt dgn betul, pakai taruk in one decided case je.
.
.
Aku masih lagi dalam proses membaikpulih cara aku belajar. Walaupun macam kelakarr, tapi, itu lah aku, dah tua bangka baru nak belajar cara belajar. Okayy tak lawak.
Atiqah, redha atas segalanya, orite?
Inilah yg terbaik utk kau. Kalau kau selalu kat atas, kau takkan tahu manis nya kejayaan tanpa usaha yg gigih. Smile (T_T)
.
Semoga aku terus berusaha dan redha ;-)

Comments

Popular Posts