I MISS THE OLD TIME (2)

 Bismillahirrahmanirrahim

.

.

Masa sekolah dulu, bulan puasa lah paling best. Sebab apa? 

Sebab best. Sebab makan sedap. Sebab feeling dia lain dari bulan lain. Sebab rasa barokah Ramadhan. Bukan nak kata sekarang tak rasa keberkatan tu, tapi masa sekolah tu, bulan Ramadhan lah  satu-satunya bulan yang paling banyak beribadah walaupun busy sekolah.

Masa sekolah dulu,

Sahur dengan akak adik dorm. Pagi-pagi bangun gerak sama-sama pergi DM. Bulan biasa pun memang ada makan sekali dengan dormates, tapi bulan puasa rasa lain sikit. Sebab bila buat berjemaah rasa dapat pahala lebih. Lepas tu,  culture kat sekolah, kebanyakan aktiviti memang dengan ahli rumah sukan * Majulah maju, maju Merah maju, bersama seiring bersatu* dan ahli dorm. Tapi tu ahh, awal Ramadhan je gigih pergi sahur kat DM. Lama lama malaih aihhh sahur air dengan biskut je kat bilik.

Masa sekolah dulu,

Bukak puasa pun dengan akak adik dorm. Sebelum maghrib hantarlah sesapa pg DM ambik kurma dengan air letak kat masjid. Biasa gilir gilir atau ada yg volunteer nak ambik lah. Pastu semua ahli dorm duduk dalam bulatan tunggu maghrib sama-sama. Comel je kat masjid tu banyak bulatan-bulatan manusia tunggu maghrib. Masa ni lah dapat sembang-sembang dengan akak adik dorm. Update semua benda lah. Pasal exam lah pasal rumah lah pasal BBM lah, semua benda lah. Seronok weh bukak puasa ramai-ramai. Makan kurma sama-sama. lepas solat maghrib, gerak sama sama pergi DM, duduk semeja bukak puasa sama-sama. Tapi masa form 5 *padahal dua tahun je sekolah situ* tunjuk taiko sikit, sekali sekala bukak dengan batchmates padahal kena bukak puasa dengan ahli dorm.

Masa sekolah dulu,

Bulan puasa paling best. Sebab waktu prep malam jadi pendek. Ye lah kena terawih dulu. Time ni lah nak usha budak lelaki yang boleh jadi imam hahahahha. Kadang-kadang lepas terawih tak pergi kelas pun. Stay kat masjid sampai waktu supper. Malaih aihhh. dah lah kelas tingkat atas sekali. Tapi tu ahh, lepak kat masjid selalu buat habis duit. asyik asyik beli air gedegang. Lepas tu, kadang acah nak tambah pahala, lepak masjid baca quran. padahal malas nak study.

Masa sekolah dulu,

Sekolah mesti buat iftar jamaie. Parents semua datang sekali bukak puasa sama-sama.  Buka puasa sama-sama, terawih sama-sama. Time ni lah boleh tunjuk mcm mana anak-anak diorg buka puasa kat sekolah. Yang paling best, sekolah mesti bagi duit raya. dulu, duit raya ni based on kau duduk mana. kalau jauh, banyak lah duit raya hahahaha. dapatlah rm10 masa tu. Lepas dapat duit raya salam dengan semua cikgu termasuk lah dengan cikgu yg tak ajar kita sekali. minta maaf semua. seronok weh. rasa gila feeling nak raya tu.

Merah 1

Masa sekolah dulu,

Masa zaman PMR, aku sekolah lain. Sekolah ni asrama perempuan je takde asrama lelaki. So imam terawih kena panggil ustaz sekolah dtg jadi imam. Kalau takde, akak form 5 lah jadi imam. So biasa laju lah sikit solatnya. baca surah pendek je. lepas tu buka puasa ada giliran. minggu ni ada yg dapat buka dulu baru solat maghrib, dan ada yg solat dulu baru buka puasa. gilir gilir lah sampai balik raya. masa sekolah sini gigih semua benda buat dengan geng hahahaha. bangun sahur kejut kawan kat dorm lain baru gerak sahur sama-sama. Buka puasa pun dengan geng hahahaha. Lepas tu biasa petang petang ada yg jual jual dekat depas asrama. dapat lah fefeeling pg bazar. takpun kirim dengan kawan yg tak duduk asrama belikan makanan. lepas tu hari jumaat dapat outing pg bazar. jumpa lah kawan-kawan yg berniaga bazar ramadhan hahahahaha. Lepas tu sebelum balik kampung utk cuti raya, buat kad utk member hahahahaha gigih betul mcm tak sekolah je sempat pulak buat kad bagai.


aspuri '09


Masa sekolah dulu,

Masa nak balik rumah utk cuti raya, mesti salam-salam dengan dormmates, member member. Wish hari raya, mintak maaf. syahdu betul. tapi bila kenang balik, seronok je masa dulu.  mcm duduk jauh sangat susah nak jumpa. padahal masa raya berhabis duit hantar mesej guna tigatigasekupang, then habis raya jumpa balik kat sekolah hahahahaha.

.
.

Seronok betul puasa masa sekolah dulu.

Comments

Popular Posts