I MISS THE OLD TIME (1)

 Bismillahirrahmanirrahim.

.

.

Bila dah besar ni, tengah tengah kusut fikir pasal kerja, pasal komitmen, pasal masa depan, pasal duit, selalu teringat zaman-zaman dulu. Zaman muda, zaman takde tanggungjawab, zaman belajar, zaman ada duit walaupun hanyalah pinjaman semata-mata, zaman enjoy kehidupan, zaman tak risau sangat pasal masa depan.

Seronok betul zaman muda-muda dulu. Takde komitmen, takde masalah, takde pressure orang sekeliling, takde tanggungjawab, takde orang nak marah-marah, takde nak kena fikir masalah orang, dan takde kemurungan berpanjangan.

Yang ada masalah malas studi, masalah tak tahu nak makan mana, masalah meroyan tunggu duit pinjaman masuk, masalah hujung sem sengkek, masalah nak balik rumah bila, masalah pilih waktu tutorial, masalah susun jadual, masalah wifi slow dan masalah tak sabar nak habis studi.

.

Seronok betul zaman muda-muda dulu. tak terikat dengan apa-apa. Nak sambung belajar. Studi elokelok then apply UPU. Takde duit nak sambung  belajar. Apply study loan. Nak bersosial. Carik kawan then lepak sama-sama. Nak bercuti, plan cuti dan pergi cuti.  Nak join program, sign up then join program tu kalau dapat. Nak score exam, carik kawan komfem dia tolong. 

.

Seronok betul zaman muda-muda dulu. Hidup ramai-ramai dengan kawan-kawan. Pergi makan dengan kawan ni. Pergi kelas dengan kawan lain. Pergi study dengan kawan lain. Pergi program dengan kawan lain. Pergi gosip dengan kawan lain. Pergi enjoy dengan kawan lain. 

.

Seronok betul zaman muda-muda dulu. Masih innocent. Rajin buat ibadah. Solat berjemaah kat masjid. Puasa sunat ramai-ramai.  Petang-petang baca ma'thurat. Malam jumaat baca Yasin.  Solat dhuha masa rehat. Bangun qiyam. and takut dengan dosa. 

.

Seronok betul zaman muda-muda dulu. Masih muda, masih muda dan masih muda. Orang sekeliling masih muda. Orang sekeliling masih ada dengan kita. 

.

Seronok betul zaman muda-muda dulu.



Comments

Popular Posts