Setahun

 Bismillahirrahmanirrahim.

.

.

Setahun sudah.

Tiada lagi senyumannya menyambutku setiap hari,

Tiada lagi raut wajah gembiranya tiap kali bertukar cerita,

Tiada lagi doanya yang tak pernah jemu dititipkan buatku.


Setahun sudah,

Ku tak mendengar suaranya,

Ku tak mendengar gelaktawanya

Ku tak bisa memanggil namanya.


Setahun sudah,

Memendam rindu padanya yang telah pergi buat selamanya,

Memendam pedih realiti yang dia  tidak mungkin akan kembali lagi,

Memendam sakit kehidupan yang tak akan sama seperti dulu.


Setahun sudah,

Belajar kehidupan baru,

Belajar untuk menerima kekurangan,

Belajar untuk tidak menangis lagi,

Namun, masih belum boleh menerima sepenuhnya 

bahawa dia sudah tidak ada lagi.


Setahun sudah,

Hilang dari pandangan, wajah tuanya,

Hilang dari dunia, susuk tubuhnya,

Hilang dari seorang anak, lelaki dipanggil Ayah.


Setahun sudah.

.

21/09/2021


Comments

Popular Posts