Anak Syurga

Bismillahirrahmanirrahim.
.
.

Anak Syurga,
Rezeki dari Allah,
Hadiah dari Allah,
Tanda sayang dari Allah,
Pinjaman dari Allah.

Anak Syurga,
Tiada dosa, penjamin pahala,
Tiap lelah penat, dijanji pahala,
Tiap- tiap pengorbanan, ditambah pahala.

Anak Syurga,
Syukur atas kehadirannya,
Redha atas  pemergiannya.
 
Anak Syurga,
 Kau di sini hanya seketika,
Tidak sempat berlari seperti anak lain,
Berlari lari lah di sana,
Sebab Syurga tempatmu.

Anak Syurga,
Kesakitan kau di sini,
Hanyalah sementara,
Berseronoklah dikau di sana,
Insya Allah, ketemu lagi di Syurga.

11disember2017


Comments

Popular Posts