SENIOR YEAR AT LAW SCHOOL (1)

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM...

rasa macam semalam je tangkap gambar dengan invigilator SPM kat Sepintar time last day SPM.
rasa macam semalam baru je sedih sbb nama tak kena panggil  naik pentas utk stret A SPM.
rasa macam semalam je bengang dgn UPU asal bagi choices banyak sangat sbb aku tak tahu nak pilih course ape.*tapi dah sure nak masuk UIA sbb dekat dgn rumah*
rasa macam semalam je tgok result UPU dekat KKHS and melompat lompat dgn classmates sbb dapat masuk U.
rasa macam semalam je duk melagha belajar dekat CFSIIUM
rasa macam semalam join TAWE  and menyumpah akak abang TAWE bila kena tahan sbb tak pakai stokin and kasut hitam
ntah lahh, rasa macam semalam je aku masuk UIA tup tup dah final year dah kat sini.

First year dulu noob gilaa.. ingat belajar law ni senang gila and ingat senang nak dapat dean list mcm kat cfs tapi first sem dah kecundang and the following years hanya mampu doa yang terbaik moga moga takde paper yg kena repeat. dulu ingat budak senior sombong gila nak mati tak tegur bajet bagus tapi bila dah final year ni baru rasa yg sebenarnya takde masa nak senyum kat bystander along the way in kulliyyah. takde masa nak layan any event conducted walaupun aku ni mmg tak pernah join satu pun event kulliyyah.

First year dulu noob gilaa gigih carik semua kes kat library manually bertapa kat law journal demi sesebuah kes padahal boleh je carik online. lepas tu  ingat memang norm seorang pelajar universiti akan rajin ke library padahal naik second year just masuk library bila ada discussion.

First year dulu noob gilaa ingat kat U dapat melawa bagai sbb dah bebas dari baju sekolah. tapi rupanya hanya Allah yang tahu punya susah nak pilih nak pakai baju ape utk seminggu, punya malas nak iron baju so buat keputusan dalam  locker cuma ada baju yg tak payah iron and kalau boleh nak tudung yg tak payah iron pun. lagi mals kalau ada kelas malam, sarung jubah and tudung pg cafe je. kalau boleh berselipar, dah lama berselipar tapi  alhamdulillah masih ingat pegangan agama.

First year dulu noob gilaa ingat kat U lah tempat kita carik jodoh terserempak kat library terlanggar bahu  tertukar notes tanya arah jalan. tapi satu pun tak terjadi. yg jadi hanyalah tersadung tepi longkang. terbuang angin tengah jalan, tergelak besar dlm crowded... Allahu..

First year dulu noob gilaa sbb igt zaman universiti lah paling best sbb rasa dah besar. maka bila dah rasa besar ni, tanggungjawabnya pun rasa besar. masa tu tak terfikir yg time time ni lah kena fikir macam mana nak bayar hutang berpuluh ribu tu, nak tukar biasiswa macam dah terlambat nak selamatkan pointer tuh.  time ni lah kena fikir masa depan sbb zaman ni lah kawan kawan sepupu sepapat dah memulakan kehidupan baru dan aku masih merangkak rangkak esok nak pakai baju ape.

First year dulu noob gilaa..

Comments

Popular Posts