innalillahi wa inna ilaihi rajiu'un

bismillahirrahmanirrahim,

uhuks,
sebenarnya aku agak terkejut bila seorang senior sekolah aku post kat fb yang kawan dia, ummi nadiah filzah bt daud (senior aku jugak) meninggal lepas kemalangan kat mesir. yup, ada la disiarkan kat paper, berita tv,

yang meninggal kan kesan pasal aku kenal dia. walaupun tak lah rapat dengan dia pasal aku masuk time f4 and f5 time tuh memangla dah sibuk dgn spm, but still kenal dia pasal makan kat dm yang sama, solat kat masjid yang sama, berimamkan imam yang sama, dengar ceramah, kultim yang sama, dengar azan yang sama, pg sekolah yang sama, cikgu yang sama, bangunan yang sama, aktiviti sekolah and asrama yang sama, jumpa kat hostel, walaupon just satu tahun je kiteorang satu sekolah.

terbaca status senior aku bgtau kawan dia penah cakap yang lebih kurang macam ni, bila jumpa jumpa and borak borak mesti tanya antara kita sapa yang kawin dulu, tapi jarang tanya sapa yang akan meninggal dulu. sentap.

walaupon tak rapat dengan dia, sekali tgok je arwah masa hidup, dah tau dah, dia ni pendiam,manis and baik orgnya:) sampai meninggalkan kesan kat aku. yup, beza kiteorg cuma setahun and mana tahu, lepas ni aku ke? wallahua'lam.


sumber: fesbuuk

takziah utk famili arwah, kawan and sume yang mengenali nya. al fatihah.

Comments

Popular Posts